Naib Presiden Wawasan Negara Temui Penggerak Wanita Kubang Pasu, Perkukuh Akar Umbi

KUBANG PASU | 24 Ogos 26 – Parti Wawasan Negara terus memperkukuh gerakan akar umbinya apabila kepimpinan parti menggerakkan usaha penerangan dan penyusunan jentera Wanita di peringkat bahagian.

Naib Presiden Wawasan Negara yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata usaha itu penting bagi memastikan anggota dan penggerak parti memahami dengan jelas matlamat serta hala tuju perjuangan Wawasan Negara.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sembang Santai Bersama Penggerak Wanita Wawasan Negara Bahagian Kubang Pasu.

Menurut Wan Saiful, program tersebut menjadi medan untuk memperkemaskan penerangan mengenai matlamat perjuangan parti selain berkongsi perkembangan semasa berkaitan proses penubuhan cawangan dan bahagian Wawasan Negara.

“Terima kasih kepada seluruh jawatankuasa penganjur dan kepimpinan Wanita Kubang Pasu atas komitmen serta kesungguhan yang ditunjukkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Wan Saiful berkata, gerakan membina struktur parti perlu berjalan seiring dengan usaha memperkukuh sokongan serta penyatuan di peringkat akar umbi.

Katanya, komitmen penggerak Wanita di Kubang Pasu menunjukkan usaha membina kekuatan organisasi parti terus mendapat perhatian di peringkat tempatan.

“Insya-Allah, gelombang sokongan dan penyatuan ini akan terus diperkukuh demi masa depan rakyat dan negara,” katanya.

Perkembangan itu menunjukkan Wawasan Negara kini memberi tumpuan kepada pengukuhan struktur organisasi selepas proses penubuhan parti, dengan usaha memperluaskan jaringan cawangan dan bahagian serta membina jentera di peringkat akar umbi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share