DAP Dulu Tolak Pelantikan Politik, Kini Nikmati Kuasa — Pemuda MCA Persoal ‘Reformasi’

KUALA LUMPUR | 26 Ogos 26 — DAP didakwa mengulangi amalan pelantikan politik yang pernah dikritiknya ketika menjadi pembangkang, susulan pelantikan beberapa pemimpin parti itu ke jawatan dalam agensi dan badan berkaitan kerajaan.

Timbalan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Mike Chong Yew Chuan mempersoalkan sama ada prinsip yang pernah dilaungkan Pakatan Harapan (PH) mengenai penghapusan pelantikan politik kini hanya tinggal slogan selepas gabungan itu kembali berkuasa.

Beliau merujuk pelantikan Penolong Setiausaha DAP Johor, Ng Siam Luang sebagai Anggota Perbadanan SME Corp Malaysia dan Pengerusi DAP Sabah, Senator Phoong Jin Zhe sebagai Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKPS).

“Dulu mereka lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional dan berjanji menghapuskan amalan pelantikan politik dalam GLC dan agensi berkaitan kerajaan. Hari ini ketika berkuasa, mereka teruskan amalan tersebut seolah-olah ia bukan lagi satu ‘dosa’,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Mike menyifatkan keadaan itu sebagai tindakan “menjilat ludah sendiri”, sambil mempersoalkan sama ada pelantikan berkenaan dibuat berdasarkan merit atau kesetiaan politik.

“Apakah sudah berlaku perubahan prinsip, ataupun janji itu sekadar slogan untuk meraih undi?” soalnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa amalan pelantikan pemimpin parti ke jawatan dalam GLC dan badan berkanun bukan perkara baharu dalam pentadbiran PH.

Antara yang disebut termasuk beberapa pemimpin DAP yang pernah dilantik ke jawatan dalam agensi kerajaan ketika PH mentadbir, selain beberapa pelantikan selepas gabungan itu kembali menjadi kerajaan pada 2022.

Menurut Mike, perkembangan tersebut menimbulkan persoalan lebih besar terhadap naratif reformasi politik yang dibawa PH dan DAP sebelum ini.

Beliau turut mengungkit dakwaan bekas ADUN DAP Skudai, Marina Ibrahim yang pernah mendakwa ditawarkan jawatan dalam GLC sekiranya kalah dalam pilihan raya.

“Adakah pelantikan politik sudah menjadi sebahagian reformasi politik yang dilaungkan mereka?” soalnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share