Akmal: Kalau Nak Dedah Isu Tabung Haji, Dedah Sepenuhnya Bukan Separuh-Separuh

KUALA LUMPUR | 26 Ogos 26 — Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, mempersoalkan pendirian Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang mempertikaikan kewajaran desakan PN dan UMNO supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu ditubuhkan bagi menyiasat isu pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH).

Terdahulu, Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim dalam satu laporan media berkata RCI tidak seharusnya dijadikan alat politik untuk mendapatkan keputusan yang memihak kepada mana-mana parti. Beliau berkata jika terdapat kesilapan atau fakta tidak tepat dalam laporan RCI, pihak yang mempertikaikannya perlu mengemukakan bukti.

“RCI bukan alat untuk mencari keputusan yang memihak kepada mana-mana parti politik. Ia diwujudkan untuk mencari kebenaran berdasarkan fakta, dokumen dan keterangan,” katanya seperti dipetik Astro AWANI.

Muhammad Kamil turut mempersoalkan tindakan meminta RCI baharu hanya kerana tidak berpuas hati dengan dapatan siasatan, selain menegaskan Tabung Haji tidak sepatutnya dijadikan bahan permainan politik kerana ia melibatkan amanah jutaan pendeposit.

Mengulas perkara itu, Akmal berkata rakyat juga berhak mengetahui status pemindahan aset Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) 1.0.

“Kenapa tidak boleh pula?

“Rakyat juga nak tahu apakah status pemindahan aset Tabung Haji kepada UJSB semasa pemerintahan PH 1.0 dahulu,” katanya.

Menurut Akmal, aset Tabung Haji yang dipindahkan kepada UJSB ketika itu bernilai sekitar RM9 bilion, manakala UJSB dikatakan membeli aset berkenaan pada nilai RM19 bilion melalui penerbitan sukuk.

Beliau mempersoalkan berapa jumlah tunai yang telah diterima Tabung Haji sehingga kini daripada transaksi tersebut.

“Adakah hanya kertas hutang yang dipanjangkan tempohnya sahaja?” soalnya.

Akmal turut membangkitkan bahawa Ahli Parlimen Pasir Gudang, yang merupakan wakil rakyat daripada PH, sendiri pernah menuntut penjelasan mengenai perkara berkenaan.

“Seperti mana Ahli Parlimen Pasir Gudang iaitu ahli Parlimen kamu sendiri yang tuntut penjelasan mengenainya, maka rakyat juga perlu tahu.

“Kalau nak dedah, kita dedah sepenuhnya, bukan separuh-separuh sahaja,” katanya.

Desakan Akmal itu hadir ketika isu pengurusan Tabung Haji kembali menjadi perhatian susulan pembentangan laporan RCI dan perdebatan politik mengenai sama ada siasatan baharu perlu diwujudkan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Wawasan Gesa Siasatan Isu Video Tular Berhampiran Masjid

Wawasan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta Kerajaan Negeri Melaka menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mengemukakan penjelasan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.
Read More
Total
0
Share