Polis Buka Kertas Enkuiri Tatatertib Anggota Pengiring Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 2 Sep 25 – Polis Perak membuka kertas enkuiri tatatertib terhadap beberapa anggota dan pegawai pengiring susulan insiden seorang wanita cuba menghampiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Ipoh, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, sekiranya siasatan mendapati wujud elemen kecuaian, tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Kertas siasatan tatatertib akan dibuka bagi memberi ruang siasatan menyeluruh sebelum sebarang tindakan lanjut diambil. Kita juga sedang meneliti resolusi jangka pendek dan panjang dari sudut pentadbiran,” katanya seperti dipetik Buletin TV3.

Menurut Noor Hisam, semua anggota dan pegawai berkenaan masih bertugas seperti biasa, sementara satu mesyuarat bersama pihak Istana Perak dijadualkan berlangsung hari ini bagi membincangkan langkah susulan.

Dalam kejadian berkenaan, seorang wanita tempatan berjaya melepasi kawalan keselamatan sebelum menghampiri Sultan Nazrin di pentas utama. Susulan itu, wanita terbabit direman tiga hari bermula Isnin hingga Rabu.

Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan awal mendapati wanita berusia 30-an itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan pernah menerima rawatan psikiatri. Bagaimanapun, ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share