Dari Laporan RCI Ke Lokap SPRM: Dua Bekas Orang Kanan Direman

Foto : Awani

PUTRAJAYA | 27 Ogos 26 — Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang bergelar Datuk Seri dan seorang bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan bergelar Tan Sri direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini selepas membenarkan permohonan SPRM. Kedua-duanya direman sehingga 2 September.

Kedua-dua individu berusia lingkungan 60-an itu ditahan SPRM kira-kira jam 4 petang semalam selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk memberikan keterangan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengesahkan penahanan berkenaan.

Siasatan itu dibuat susulan pendedahan Laporan RCI yang meneliti pengurusan dan operasi Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020. Sebelum ini, seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH turut direman tujuh hari dalam siasatan berkaitan isu sama.

Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu termasuk beberapa bekas pengurusan kanan TH turut ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam laporan RCI tersebut. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share