“Saya Bukan Pekerja Menteri” – ZRA Strim Tegur Setiausaha Akhbar Menteri

KUALA LUMPUR | 4 Sep 26 – Wartawan bebas ZRA Strim mengkritik kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Adeysham Nor, berhubung isu kelewatan bekalan Baja 3 di kawasan MADA.

ZRA Strim menegaskan media tidak seharusnya dianggap perlu memahami atau mempertahankan setiap tindakan yang dilakukan seorang menteri.

“Saya bukan pekerja YB Menteri!” katanya dalam hantaran di media sosial.

Beliau berkata, mesyuarat, arahan dan tindakan menteri merupakan sebahagian daripada tugas serta tanggungjawab jawatan berkenaan, manakala tugas media adalah menyuarakan persoalan rakyat apabila berlaku masalah.

“Rakyat tak mahu tahu apa kerjanya. Sebab itu memang tugas dan amanah yang digajikan.

“Rakyat akan marah apabila kesannya, terutama ketidakcekapan pengurusan kementerian dan agensi, menyebabkan nasib petani ditimpa bencana,” katanya.

Kenyataan itu menyusul penjelasan Adeysham bahawa dakwaan Menteri hanya bertindak selepas isu baja menjadi tular adalah tidak tepat kerana tindakan terhadap pembekal telah dimulakan lebih awal.

ZRA Strim bagaimanapun berkata, segala pertikaian fakta wajar diserahkan kepada mahkamah jika kes berkenaan dibawa ke tindakan undang-undang.

“Biar mahkamah adili dengan sewajarnya. Nanti kita tahu siapa yang berkata benar,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa pendedahan mengenai isu petani dibuat semata-mata untuk mengejar perhatian media sosial, sambil menegaskan beliau telah melaporkan isu rakyat sejak lebih dua dekad.

“Kerja saya ialah membantu suara mereka yang disenyapkan oleh ketidakberdayaan menyatakan kebenaran,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Muhyiddin Gesa Kerajaan Gubal RUU Anti Buli

Menurutnya, dengan adanya Akta Anti-Buli, kerangka undang-undang dan dasar yang jelas boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk melindungi pelajar daripada tindakan penganiayaan samada berbentuk fizikal atau emosi yang menjejaskan keselamatan diri dan nyawa.
Read More
Total
0
Share