Sarawak Tak Mahu Nahas FDS Berulang, 5,000 km Jalan Balak Dinaik Taraf Menjelang 2030

fOTO – Unit Komunikasi Awam Sarawak

KUCHING | 15 Sep 2026 – Sarawak sedang menaik taraf lebih 5,000 kilometer jalan balak di seluruh negeri menjelang 2030 bagi membuka akses jalan darat ke kawasan pedalaman serta mengurangkan kebergantungan kepada perkhidmatan doktor udara atau FDS.

Menurut laporan Berita RTM Sarawak, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembinaan jalan menuju kawasan pedalaman itu dapat mengurangkan keperluan menggunakan perkhidmatan udara atau helikopter, selain menjimatkan kos dan meningkatkan keselamatan rakyat.

“Apabila jalan raya siap dibina, keperluan untuk bergantung kepada perkhidmatan udara atau helikopter akan berkurang kerana akses darat sudah ada. Langkah ini dapat menjimatkan kos dan lebih selamat untuk rakyat,” katanya seperti dilaporkan RTM.

Abang Johari turut memaklumkan pembinaan 142 kilometer jalan raya utama mengikut standard R3 Jabatan Kerja Raya (JKR), selain rangkaian jalan balak yang sedang dinaik taraf di seluruh negeri.

“142 kilometer jalan raya utama, JKR pun standard R3, campur dengan Bintulu, 5,000 kilometer jalan balak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Sarawak Semiconductor Flagship Program di CENTEX Kuching, petang semalam.

Menurut RTM, Abang Johari diminta mengulas langkah kerajaan negeri meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di luar bandar susulan insiden nahas helikopter di Long Lelang, Miri, minggu lalu.

Langkah memperluas akses jalan darat itu dilihat sebagai usaha jangka panjang Sarawak bagi menghubungkan kawasan pedalaman dengan rangkaian jalan utama serta mengurangkan kebergantungan penduduk kepada pengangkutan udara untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan asas. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Gelombang Biru Hebatkan Negeri Sembilan

Sebelum ini, telah ada usaha-usaha oleh pelbagai pihak untuk mewujudkan kerjasama antara parti-parti politik Melayu, khususnya antara UMNO dan PAS. Usaha-usaha tersebut menggunakan tema tertentu, contohnya ‘muafakat nasional’, ‘payung besar’ dan ‘rumah bangsa’.
Read More
Total
0
Share