Hamzah: Merdeka Tuntut Keberanian Berkata Benar Bawa Negara ke Hala Tuju Baharu

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 25 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan sambutan ulang tahun Kemerdekaan Ke-68 bukan sekadar mengingati kebebasan daripada penjajah, tetapi juga ikrar untuk memastikan generasi akan datang mewarisi negara yang makmur, adil, dan disegani.

Dalam perutusannya, beliau merakam penghargaan kepada para pejuang bangsa yang telah berkorban demi keamanan negara, namun mengingatkan bahawa kemerdekaan mesti dipertahankan dengan keberanian untuk berkata benar dan memperbetulkan yang salah.

“Merdeka juga menuntut keberanian untuk membawa negara ini ke hala tuju baharu yang berteraskan keadilan, integriti, dan kesejahteraan bersama agar kita melangkah gagah menjadi bangsa bermaruah,” katanya.

Hamzah turut menekankan bahawa tanpa keamanan dan kejujuran dalam kepimpinan, cita-cita menjulang Malaysia ke puncak kejayaan tidak akan tercapai.

Tema Hari Kebangsaan kali ke-68 ialah Malaysia Madani: Rakyat Disantuni. Acara sambutan diadakan di Putrajaya.

Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, terdapat 15,000 tempat letak kereta, 8,000 tempat duduk bertingkat, 12 skrin LED disediakan untuk kemudahan orang ramai menyaksikan sambutan bersejarah ini.

Sebanyak 81 kontinjen dan 14,010 orang peserta, 437 aset, termasuk 116 aset haiwan, 78 kenderaan tempatan dan kenderaan elektrik pemasangan tempatam serta diiringi 21 kumpulan pancaragam. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share