Menjelang Belanjawan 27: Wan Saiful Himpun Pakar Bincang Kos Kesihatan Warga Menua

PARLIMEN: 8 Okt 26 – Naib Presiden Wawasan Negara merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengambil inisiatif menganjurkan Sidang Meja Bulat Bajet 2027 bagi membincangkan cabaran kenaikan kos penjagaan kesihatan dalam masyarakat yang semakin menua.

Sidang meja bulat yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen itu menghimpunkan rakan Ahli Parlimen serta profesional daripada pelbagai bidang untuk berkongsi pandangan mengenai isu dan cabaran kesihatan yang perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2027.

Antara pakar yang dijemput berkongsi pandangan ialah Abdul Manaf Ahmad Fawzan, Dr Nurul Solihin Nurulhasnan dan Dr Muhamad Farid Mohd Yusop.

Perbincangan memberi tumpuan kepada isu kenaikan kos penjagaan kesihatan, khususnya dalam berdepan perubahan demografi apabila jumlah masyarakat berusia semakin meningkat.

Pandangan daripada golongan profesional itu dilihat penting bagi memahami cabaran sebenar yang bakal dihadapi rakyat dan kerajaan, termasuk keperluan menyediakan sistem penjagaan kesihatan yang mampan ketika permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan terus meningkat.

Wan Saiful berkata hasil perbincangan dan cadangan yang dikemukakan akan menjadi antara input dalam persediaan menghadapi perbahasan Belanjawan 2027 di Parlimen.

Sidang meja bulat tersebut turut menjadi ruang untuk mempertemukan pembuat dasar dengan golongan profesional bagi membincangkan isu kos kesihatan dari perspektif jangka panjang, khususnya dalam menghadapi masyarakat yang semakin menua.

Belanjawan 2027 dijangka dibentangkan esok, 9 Okt di Dewan Rakyat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share