Belanjawan 2027: Tambahan RM50 JUTA Mitra Hanya Perubahan Kosmetik

SHAH ALAM | 11 Okt 26 – Tambahan peruntukan RM50 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) menerusi Belanjawan 2027 disifatkan sebagai perubahan kosmetik sekiranya tidak disusuli penambahbaikan ketara terhadap keberkesanan program pembangunan ekonomi komuniti India.

Ketua Cawangan Kundang Jaya, Vasantha Kumar berkata, pertambahan dana itu tidak seharusnya menjadi ukuran kejayaan MITRA, khususnya dalam membantu golongan B40 dan M20 meningkatkan taraf hidup serta membina ekonomi yang mampan.

Beliau mempersoalkan keberkesanan program pembangunan modal insan, termasuk latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), terutama dari segi pencapaian peserta dan peluang mereka mendapatkan pekerjaan selepas tamat latihan.

Menurutnya, program keusahawanan MITRA juga perlu diperluas supaya peniaga kecil, khususnya di kawasan luar bandar, mendapat peluang lebih baik untuk menyertai program latihan dan mengembangkan perniagaan.

Vasantha turut mencadangkan kerjasama dengan TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia bagi memudahkan usahawan mendapatkan akses kepada pembiayaan perniagaan.

Beliau juga mempersoalkan keberkesanan pemberian hamper perayaan Deepavali sebagai pendekatan membantu komuniti India, sambil menegaskan bahawa pembangunan ekonomi memerlukan program berterusan yang memberikan manfaat jangka panjang.

Vasantha berpandangan, tambahan RM50 juta itu tidak akan membawa perubahan ketara sekiranya kelemahan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian hasil program tidak ditangani.

Beliau turut mendakwa pertambahan peruntukan itu berisiko dilihat sebagai langkah politik untuk mendapatkan sokongan komuniti India menjelang PRU16 dan pilihan raya negeri akan datang.

Terdahulu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dalam Belanjawan 2027. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share