Adakah Anwar Patuhi Syor RCI Batu Puteh Untuk Ambalat, Soal Peguam

KUALA LUMPUR, 4 Jul 25 – Peguam  Kanan Haniff Khatri Abdulla membangkitkan persoalan sama ada syor-syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Batu Puteh dipatuhi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan Ambalat

Katanya, RCI Batu Puteh menyediakan garis panduan berhubung isu kedaulatan negara dan maritim negara, sekaligus penting untuk ia diikuti dalam isu Ambalat.

“Adakah keputusan kerajaan Anwar untuk umumkan di Indonesia penubuhan dokumen perjanjian pembangunan bersama (JDA) patuhi konsep tatakelola yang disyorkan perlu wujud dalam proses kedaulatan negara.

“Persoalannya adakah Anwar yang ketuai kerajaan dah ikut perkara yang perlu berkaitan kedaulatan negara berhubung Ambalat sebelum membuat kenyataan sebesar itu di Indonesia pada 27 Jun,” soal Haniff.

Beliau berkata demikian melalui kenyataan video yang dimuat naik di media sosialnya.

Haniff menegaskan, Yang Dipertuan Agong sudah bertitah dengan jelas ketika pada 3 Feb 2025, ketika mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen 15, dengan khusus menyatakan pertahan hak kedaulatan negara walaupun seketul batu karang.

Syor RCI Batu Puteh juga kata Haniff menyatakan dengan jelas agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu ambil tanggungjawab penuh menyelaras pendekatan terbaik berhubung isu kedaulatan negara serta semak dan memperkemas arahan dan persetujuan sedia ada untuk dipatuhi bagi menangani isu libat kedaulatan negara.

 “Adakah kerajaan Anwar abaikan syor dan bertindak sendirian melawan tatakelola yang disyorkan RCI berkenaan?

“Ini soal kedaulatan negara. Bukankah itu tujuan RCI Batu Puteh. Kenapa tak ikut.?”

Sehubungan itu katanya, wajar untuk perkara itu dibahaskan di Parlimen, seperti mana cadangan ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini.

“Menjadi tanggungjawab semua wakil rakyat, bukan sahaja rakyat Sabah tapi seluruh Malaysia bangkitkan soalan relevan.

“Kerajaan Sabah, Adun Sabah, dan wakil rakyat Sabah di Parlimen wajib tanya kepada kerajaan Anwar,” tambah Haniff. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share