DAP Jangan Angkuh, Biar Polis Siasat Isu Karikatur Badut Razman, kata PAS

KUALA LUMPUR, 4 Jun 25 – Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi peringatan kepada DAP untuk tidak mencampuri tugas polis menjalankan siasatan terhadap karikatur yang memaparkan Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria, sebagai badut.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mengingatkan Adun Bilut, dari DAP, Lee Chin Chen, agar tidak merasakan mereka kebal dari undang-undang.

“Gesaan ini adalah satu tindakan yang melampau dan tidak menghormati proses undang-undang, seolah-olah mereka mempunyai kuasa untuk menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan Tuan Ibrahim susulan gesaan Chin Cheng supaya polis menghentikan siasatan terhadap Ketua Pemuda DAP, Woo Kah Leong berhubung penyiaran karikatur tersebut yang didakwa berunsur fitnah.

Tuan Ibrahim menegaskan, alasan kononnya karikatur tersebut merupakan bentuk ekspresi seni satira yang menyampaikan kritikan juga adalah satu alasan yang dangkal.

Adun Cheka itu menegaskan, seni tidak seharusnya dicemari dengan mesej berunsur penghinaan, lebih-lebih lagi daripada seorang exco kerajaan terhadap lawan politiknya.

Sebagai anggota kerajaan, beliau seharusnya membalas hujahan Razman dengan fakta dan penerangan yang berasaskan ilmu, bukan dengan penghinaan peribadi.

“Saya menasihatkan Chin Chen sebagai seorang anggota dewan, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Beliau tidak sepatutnya mencampuri urusan siasatan pihak polis kerana sistem negara ini menjunjung pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman,” katanya.

Tindakan Chin Cheng katanya, wajar membuka mata rakyat Malaysia untuk menilai dan menolak politik sombong dan angkuh yang dibawa oleh DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Tambahnya, ia adalah bukti jelas kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkelakuan di luar tatakelola yang baik serta bertentangan dengan prinsip yang mereka sendiri perjuangkan.

Kerajaan hari ini dakwanya merasakan seolah-olah merasakan mereka akan kekal berkuasa dan kebal daripada undang-undang.

“Bagai bapa borek, anak rintik, selepas perdana menteri secara janggal memohon imuniti terhadap satu kes saman sivil, Chin Chen pula gesa polis supaya menghentikan siasatan.

“Rakyat perlu menginsafi impak apabila tersalah memilih kerajaan dan berazam untuk tidak mengulangi kesilapan pada masa akan datang,” katanya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share