Adakah Muhyiddin Restu Kenyataan Tun Faisal Serang Timbalan Presiden? – KB Tangga Batu

KUALA LUMPUR | 4 Jan 26 – Ketua Bahagian Bersatu Tangga Batu, Ramlan Meon, menimbulkan persoalan kritikal sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin merestui kenyataan Ketua Penerangan parti, Tun Faisal, yang menyerang Timbalan Presiden Dato Seri Hamzah Zainuddin, yang meminta Hamzah meletakkan jawatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ramlan menegaskan bahawa kenyataan terbuka Ketua Penerangan parti, Tun Faisal, menyerang Timbalan Presiden Dato Seri Hamzah Zainuddin, menjadikan beliau liabiliti besar kepada Bersatu.

“Oleh kerana Tan Sri Muhyiddin yang melantik Ketua Penerangan, adakah Tan Sri Muhyiddin merestui kenyataan Tun Faisal itu?

“Orang ramai melihat Tun Faisal itu sebagai orang lantikan Muhyiddin dan apabila mereka membenci Tun Faisal, maka mereka turut membenci Tan Sri Muhyiddin. Katanya.

Beliau juga mempertikaikan hak Tun Faisal mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa mandat jelas daripada parti.

“Sejak bila seorang Ketua Penerangan boleh menyerang pemimpin parti sendiri?” Soal Ramlan.

Menurut beliau lagi, tindakan Tun Faisal yang tidak selaras dengan pandangan mesyuarat MPT Bersatu dan Ketua-Ketua Bahagian, telah menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Malang sungguh Bersatu hari ini kerana terpaksa mengusung biawak hidup yang menjadi liabiliti kepada seluruh parti,” tambah beliau.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, membidas gesaan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Yunus Nurdin, yang mencadangkan Presiden parti itu, Muhyiddin Yassin, meletakkan jawatan susulan pertikaian dengan PAS berhubung kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

Ramlan dalam kenyataannya berkata, kenyataan Tun Faisal ini juga merupakan satu lagi lambang kegagalan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengawal individu-individu yang dia lantik ke jawatan penting parti. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share