ADUN Bersatu Cadang Pengerusi PN Sabah Ditukar

Foto – facebook Ashraf Mustaqim

KUALA LUMPUR, 3 DIS 25 — ADUN Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim mencadangkan Dr. Aliakbar Gulasan menggantikan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee sebagai Ketua Perikatan Nasional (PN) Sabah, susulan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, baru-baru ini.

Menurut Mohd Ashraf, pengalaman Aliakbar sebagai ADUN lantikan sebelum ini membuktikan komitmen penuh dan bakti sepenuh jiwa raga kepada masyarakat, yang akhirnya membuahkan kejayaan beliau menang dalam pilihan raya.

“Secara pragmatiknya, lebih baik beri kepada PAS, Dr. Aliakbar Gulasan pula yang memimpin Perikatan Nasional Sabah.

Terbukti ruang dan peluang yang diberikan kepada beliau sebelum ini dipegang tanggungjawab sepenuh jiwa raga beliau dan berbakti penuh hikmah kepada masyarakat. Kata Mohd Ashraf.

Ashraf juga menyifatkan masyarakat Sabah masih terbelenggu dengan politik wang dan amalan salah laku, yang tidak sepatutnya diperkotak-katikkan oleh politik keji dan kotor.

“Peringatan juga kepada PN (segenap komponen) untuk insaf dari pekerti yang jijik yang memandang siyasah hanya untuk kepentingan peribadi yang belum dapat pembalasan mahupun ujian Allah.

“Sebegitu moga bertitik dari ini juga landasan perjuangan yang murni dapat mula digagaskan untuk rakyat, khususnya masyarakat Sabah, buka mata bahawa perjuangan PN adalah lebih inklusif dan berjiwa rakyat, dan Dr. Aliakbar lebih cocok menjadi duta atau ikonnya,” Ujarnya.

PN Sabah baru-baru ini, kalah di semua kerusi ditandingi namun PAS mencipta sejarah uat kali pertama memenangi kerusi Dun Karambunai. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share