Agenda Reformasi Perlu Masa Dan Sokongan Gabungan, kata Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Jun 25 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa agenda reformasi memerlukan masa dan sokongan gabungan Pakatan Harapan kerana gabungan ini tidak mempunyai majoriti mudah di Parlimen.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika melancarkan Pusat Kecemerlangan Kajian dan Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE), semalam.

“Ada yang tidak sabar. Anda boleh bergerak pantas dan dijatuhkan esok, jadi ia perlu dilakukan dengan bijak.

“Hikmah sangat bermakna, bukan sahaja dalam cara anda bercakap, tetapi juga bagaimana anda bertindak. Adakah anda mempunyai sumber? Adakah anda mempunyai sokongan yang diperlukan? Adakah anda mampu meyakinkan elit pemerintah dan elit profesional bahawa ini adalah misi yang mesti disokong oleh semua?, katanya.

Menurut Anwar lagi, gabungan parti sedia ada di bawah kerajaan perlu bekerjasama untuk melaksanakan pembaharuan yang diperlukan.

“Proses melaksanakan pembaharuan tidak boleh dipandang remeh kerana ia masih memerlukan rundingan, perbincangan dan penglibatan penting.

“Jika kita tidak mendapat kata sepakat dengan pihak utama termasuk GPS dan GRS, bagaimana kita akan mendapat sokongan untuk program seperti ini?” katanya.

Tambah beliau, mereka yang tidak sabar dan mahu reformasi dilaksanakan lebih awal adalah “buta kepada fakta dan realiti”.

“PH hanya mempunyai 81 daripada 222 kerusi di Parlimen, ia perlu bekerjasama dengan rakan kongsi seperti BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membina konsensus mengenai agenda reformasi. Ujarnya lagi.

Ketika ini, banyak pihak mempersoalkan pelaksanaan agenda reformasi yang dilihat tidak dilaksanakan malah jauh menyimpang dari agenda asal. Selain pembangkang, NGO Bersih turut mempersoalkan integriti kerajaan dalam melaksanakan agenda reformasi yang dilaungkan sejak sekian lama. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share