Ahli Parlimen Bersatu Dipanggil Ke Kediaman Muhyiddin?

KUALA LUMPUR, 14 NOV 25 – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan akan mengadakan pertemuan tertutup dengan semua Ahli Parlimen parti itu pada Selasa depan, 18 November, di kediamannya di Bukit Damansara.

Malaysiagazette melaporkan bahawa surat jemputan yang dipercayai dikeluarkan oleh Pegawai Khas Muhyiddin, menekankan bahawa kehadiran amat diutamakan bagi membincangkan hal-hal dalaman parti.

Ditengah-tengah kesibukan kempen pilihan raya negeri Sabah, jemputan ini menimbulkan tanda tanya samada untuk membincangkan strategi PRN Sabah atau agenda politik dalaman.

Sehingga kini, Bersatu atau Muhyiddin belum mengeluarkan pengesahan rasmi mengenai pertemuan tersebut. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share