
KUALA LUMPUR, 12 Dis 25 — Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, telah menghantar surat tuntutan (letter of demand) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung isu perjanjian Anwar-Trump (Perjanjian timbal balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat)
Rosol yang juga anggota Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU memberitahu surat tersebut yang dihantar melalui firma guaman Tetuan Karthig Shan, mendesak penjelasan daripada Perdana Menteri mengenai asas perlembagaan dan undang-undang yang membenarkan beliau memeterai perjanjian tersebut.
Dalam sidang medianya, Rosol mendakwa bahawa beberapa soalan penting berhubung perjanjian tersebut tidak dijawab secara menyeluruh dalam sesi Dewan Rakyat, dan beliau mempunyai tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk memastikan ketelusan tindakan kerajaan.
Beliau mempersoalkan sama ada Perdana Menteri mempunyai kuasa perlembagaan yang jelas untuk menandatangani perjanjian tersebut dan jika perjanjian tersebut telah diteliti sepenuhnya oleh Jemaah Menteri sebelum dimeterai.
Rosol memberi tempoh tertentu kepada Perdana Menteri untuk memberi respon terhadap surat tuntutan tersebut, sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk kemungkinan tindakan undang-undang.
Isu ini muncul pada latar belakang perdebatan luas mengenai ART dan kuasa eksekutif dalam rundingan perjanjian antarabangsa, serta kritikan beberapa pihak terhadap cara rundingan dan kelulusan perjanjian itu dibuat. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.