PN Tampil 90% Muka Baru, Tanding 41 Kerusi DUN di PRN Sabah

KUALA LUMPUR, 12 NOV 25 — Perikatan Nasional (PN) akan bertanding 40 daripada 73 kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) Sabah  bersempena PRN Sabah.

Antara wakil PN yang menggalas tugas sebagai calon termasuklah Pengerusi PN Sabah Datuk Seri Ronald Kiandee yang akan bertanding di Sugut, salah satu DUN di Parlimen Beluran yang diwakilinya.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pengumuman calon hari ini berkata 30% daripadanya adalah golongan muda.

“Calon kita 90% muka baharu, lima calon wanita, hampir 30% orang muda sahaja. Kita berdoa mudah-mudahan mereka terpilih sebagai wakil rakyat,” katanya.

PN juga meletakkan harapan pada Pesuruhjaya PAS Sabah Datuk Dr Aliakbar Gulasan untuk merampas DUN Karambunai manakala Ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah Nabila Norsahar di Darau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Sabah dijadual berlangsung pada 29 Nov depan.

Berikut adalah senarai penuh 40 calon PN yang akan bertanding dalam Pilihan PRN Sabah ke-17.

  1. N01 Banggi – Rahimah Majid
  2. N02 Bengkoka – Berusli Kimin
  3. N04 Tanjung Kapor – Muhammad Affan Jumahat
  4. N08 Pintasan – Awang Salleh Makmud
  5. N12 Sulaman – Datin Tiaminah @ Siti Akinah Ele
  6. N13 Pantai Dalit – Mohd Zulkernain Osman
  7. N16 Karambunai – Datuk Dr Aliakbar Gulasan
  8. N17 Darau – Nabila Norsahar
  9. N21 Luyang – Ooi Hong Wee
  10. N22 Tanjong Aru – Suhaimi Buang
  11. N24 Tanjung Keramat – Farish Adamz Shah @ Kanny
  12. N26 Moyog – Francis Mojikon
  13. N27 Limbahau – Adrian Alexander
  14. N29 Pantai Manis – Faizal Julaili
  15. N30 Bongawan – Ridzuan Agus
  16. N32 Klias – Mohd Hisyam Hazaril
  17. N35 Sindumin – DG Nor Syafiqah Binti Abdul Hamid
  18. N36 Kundasang – Dr Atong Antong
  19. N41 Liawan – Johny @ John Anthony
  20. N46 Nabawan – Sayau Tangkap
  21. N47 Telupid – Jamin Jamri
  22. N48 Sugut – Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
  23. N49 Labuk – Asmad Nasir
  24. N50 Gum Gum – Yunus Nurdin
  25. N51 Sungai Manila – Yusri Abu
  26. N52 Sungai Sibuga – Norani Asmatil
  27. N53 Sekong – Mohd Fazriee Awang
  28. N55 Elopura – Mohd Firdaus @ Silvester Abdullah
  29. N56 Tanjong Papat – Koa Wei Yang
  30. N58 Lamag – Mazlin Madali
  31. N59 Sukau – Pengiran Petra Pengiran Asri
  32. N62 Silam – Borkes @ Balkis Kalinggalan
  33. N63 Kunak – Kasman Karate
  34. N64 Sulabayan – Abdul Malik Abd Bool
  35. N66 Bugaya – Jamil Abdul Gapar
  36. N67 Balung – Dr Munzier Mahamud
  37. N68 Apas – Lim Ting Khai
  38. N70 Kukusan – Francis Lawrence @ Yusop
  39. N71 Tanjung Batu – Ahmad Dullah
  40. N72 Merotai – Hasan Haris
  41. N73 Sebatik – Suhurani Samman

@politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share