Ahli Parlimen Ketereh Sahkan Terima Jemputan Presiden, Tekad Mahu Hadir

KUALA LUMPUR, 15 NOV 25 — Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor mengesahkan menerima surat jemputan untuk bertemu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dia (surat) dihantar secara individu, bukan hantar dalam grup. Tapi saya percaya ramai akan jumpa Tan Sri kan. Boleh jadi dia nak bincanglah tu,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Khlir, sebagai ahli parlimen beliau akan menghadiri apa sahaja pertemuan yang dipanggil Presiden parti.

“Memang saya terima. Dah saya nak hadir. Presiden panggil mesti hadir,” ujarnya.

Ketika ditanya jangkaan agenda perbincangan tersebut, Khlir menegaskan beliau tidak diberi sebarang maklumat awal.

“Saya tak tahu… saya ni ahli parlimen je. Saya bukan ada jawatan apa-apa dalam parti ni,” katanya.

Sebelum ini, laporan media menyebut bahawa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil beberapa Ahli Parlimen parti itu ke kediamannya. Pertemuan itu dikatakan hanya melibatkan ahli parlimen Bersatu. Spekulasi timbul setelah 16 Ahli Parlimen Bersatu sebelum ini menandatangani satu surat meminta Muhyiddin menyelesaikan polemik dalaman parti dengan segera.

Mengulas kemungkinan perbincangan berkait perkembangan tersebut, Khlir berkata beliau percaya pimpinan hanya mahu menenangkan keadaan dan menstabilkan parti.

“Tapi saya rasa lah… dia nak menstabilkan parti je tu. Pasal keadaan sekarang ni, kita tahulah macam mana. Jadi nak stabilkan tu lah,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share