
KUALA LUMPUR | 11 Feb 26 — Seruan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, untuk meletakkan jawatan kembali bergema dalam arena politik selepas pendedahan terbaru mengenai pegangan saham miliknya.
Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin, yang juga Ketua Wanita PN menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki meletak jawatan sekiranya benar beliau memiliki saham melebihi had bagi penjawat awam.
“Sekiranya benar pemilikan saham melebihi had ditetapkan bagi penjawat awam atau wujud ketidakpatuhan kepada garis panduan perkhidmatan, saya menggesa ketua pesuruhjaya SPRM letak jawatan. Katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, turut menyatakan kerajaan dan Azam perlu bertindak tegas sebelum isu ini terus menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan.
Beliau menegaskan bahawa langkah drastik seperti peletakan jawatan perlu dipertimbangkan sekiranya tiada penjelasan kukuh diberikan.
Menurut laporan media antarabangsa, Azam didakwa memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan yang tersenarai di Bursa Malaysia — dengan anggaran nilai pegangan hampir RM800,000 berdasarkan harga pasaran semasa.
Dakwaan ini mencetuskan kebimbangan bahawa pegangan tersebut mungkin melebihi had pemilikan saham yang dibenarkan untuk penjawat awam di bawah pekeliling kerajaan. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.