Ahli Parlimen PN Fail Saman Pemula Terhadap PM Berkaitan Perjanjian Anwar–Trump

KUALA LUMPUR | 20 Jan 26 — Sekumpulan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) telah memfailkan saman pemula terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Mahkamah Tinggi di sini, berhubung Perjanjian Anwar–Trump yang didakwa ditandatangani tanpa dirujuk kepada Parlimen.

Saman itu difailkan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Pendang, Datuk Awang Hashim; Gerik, Fathul Huzir Ayob; serta Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah.

Menurut peguam yang mewakili mereka, Perjanjian Anwar–Trump merupakan perjanjian antarabangsa yang sepatutnya mendapat kelulusan Parlimen sebelum ditandatangani, tetapi didakwa dimeterai tanpa melalui proses perundangan yang sewajarnya.

“Siapapun yang memegang jawatan Perdana Menteri, mereka tidak boleh mengikat negara dalam sebarang perjanjian tanpa melalui proses perundangan,” kata peguam tersebut dalam sidang media.

Rosol berkata prosiding mahkamah itu juga bertujuan menentukan sama ada kuasa Eksekutif boleh mengikat Persekutuan tanpa mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

Beliau memaklumkan bahawa notis tuntutan telah dihantar kepada Perdana Menteri pada November lalu bagi mendapatkan penjelasan, namun tiada maklum balas diterima sehingga kini.

Rosol menegaskan bahawa tindakan itu tidak semata-mata bermotifkan politik tetapi adalah sebab perkara ini berkaitan soal kedaulatan negara yang perlu diberi perhatian serius.

Perjanjian Anwar–Trump dilaporkan telah ditandatangani semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke‑47 dan Sidang Berkaitan pada 26 Oktober tahun lalu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share