Ahmad Maslan Dakwa PMX Tidak Berani Pecat Menteri UMNO

SEREMBAN | 24 Julai 26 – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berani memecat pemimpin UMNO daripada Kabinet kerana Kerajaan Perpaduan bergantung kepada sokongan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan 23 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mengekalkan majoriti di Dewan Rakyat.

Berucap pada ceramah Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Ahmad berkata sekiranya kerajaan kehilangan sokongan BN dan GPS, majoriti Kerajaan Perpaduan akan terjejas.

Menurutnya, kerajaan kini mempunyai 151 Ahli Parlimen, namun jika 30 kerusi BN dan 23 kerusi GPS ditolak, baki hanya tinggal 98 kerusi.

“Kalau PMX ingin bergaduh dengan Sarawak, ingin bergaduh dengan Timbalan Perdana Menteri 1 yang ada 30 kerusi, ingin bergaduh dengan Timbalan Perdana Menteri 2 yang ada 23 kerusi.

“30 campur 23 jadi 53 kerusi. Kerajaan sekarang ada 151 kerusi. Tolak 53, tinggal 98 kerusi.

“Ada berani? Ada PMX berani nak marah kami? Adakah PMX berani minta kita letak jawatan? Saya yakin tidak berani,” katanya.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas desakan segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) supaya menteri dan timbalan menteri daripada UMNO melepaskan jawatan susulan kritikan terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Kalau Perdana Menteri tak suka kepada kami, pecat sahajalah kami,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan UMNO tetap komited kepada Kerajaan Perpaduan kerana parti itu telah menandatangani perjanjian untuk terus menyokong pentadbiran sehingga tamat penggal. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share