Ajar Murid Ucap Hari Jadi Kepada PM, Satu Doktrinasi Kata Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 25 – Mantan menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menyindir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan menyamakan adegan ucapan selamat harijadi kepada Perdana Menteri dengan Menteri Pendidikan Korea Utara.

Dalam Podacstnya, Zaid berkata perkara sebegini adalah satu budaya doktrinasi kepada pelajar sekolah untuk kepentingan politik.

“Di Melaka, budak-budak sekolah disuruh ucap I Love Prime Minister, ini satu budaya baru.

“Dia selalunya I Love Prime Minister ni berlaku hanya di Korea Utara, atau di Cuba, zaman dulu, Zaman Fidel Castro.

“Dizaman demokrasi moden ni, kita tak ajar indoktrination pada budak sekolah. (Sebaliknya) kita ajar matematik. Aljibra, kita tak ajar we love prime minister, nyanyi lagu. Ujarnya.

Tambah Zaid, perkara sebegini sedang berlaku di Malaysia dan ia bukan petanda yang baik.

“Tapi this is what is happening in Malaysia, dah mula. Tak lama lagi ada poem, peotry. Ujarnya.

Terdahulu, mantan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli turut mengkritik mengkritik Fadhlina Sidek kerana mengajak pelajar sekolah mengucapkan selamat hari jadi kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa satu acara sekolah.

Baru-baru ini, satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan Fadhlina mengajak murid-murid mengucapkan “Happy Birthday PMX, We Love You” kepada perdana menteri yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-78 pada 10 Ogos. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share