Aktivis Politik Cadang Angkat Mantan Ketua Hakim Jadi PM

KUALA LUMPUR, 18 Sep 25 – Aktivis politik Hishamuddin Rais berpandangan orang politik tidak wajar diangkat sebagai calon perdana menteri sebaliknya jawatan itu perlu diisi oleh bekas ketua hakim negara.

Katanya, rakyat memerlukan susuk individu yang dilihat bersih dan bebas tanpa terpalit kontroversi.

“Saya sendiri ada cadangan. (Lantik) bekas ketua hakim negara (sebagai perdana menteri). Ini keadaan sekarang. Orang makin tiada keyakinan kepada orang politik. Bekas ketua hakim negara jujur tiada ada kroni dan bersih.

“Ini berlaku di Nepal dan Bangladesh dan Sri Lanka. Semua alih kepada orang jujur,” katanya, dalam wawancara bersama politiko.my.

Tegas Hishamuddin, isu calon perdana menteri bukan isu utama sebaliknya penyatuan parti-parti pembangkang menentang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Ini masalah nak jadi perdana menteri ini masalah ke-35. Masalah pertama bagi aku penyatuan Melayu menjatuhkan Anwar Ibrahim.

“Aku daripada garis kiri, garis kiri melihat siapa musuh utama, apa agenda utama, untuk saya utama jatuhkan Anwar, kedua satukan Melayu, penyatuan Melayu bersama PAS, Pejuang, Bersatu, menjatuhkan Anwar,” tegasnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share