Isu 40% : Kerajaan Putuskan Tak Rayu Keputusan Mahkamah Tinggi K.Kinabalu

PUTRAJAYA, 12 NOV 25 – Kerajaan Persekutuan telah memutuskan tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Sabah Law Society (SLS) yang memihak kepada negeri Sabah berhubung tuntutan pemberian khas 40 % hasil negeri sebagaimana diperuntuk dalam perlembagaan.

Menurut kenyataan rasmi daripada Jabatan Peguam Negara (AGC), keputusan ini dicapai selepas Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang membincangkan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober lalu.

AGC menjelaskan bahawa kerajaan menghormati prinsip “pemberian khas berdasarkan 40% hasil” seperti yang termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, proses rundingan dengan kerajaan negeri Sabah akan dilaksanakan segera.

Bagaimanapun, AGC juga menyatakan bahawa kerajaan tetap mempertimbangkan rayuan, bukan terhadap keseluruhan keputusan, tetapi terhadap kecacatan dalam alasan penghakiman berkaitan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran kewajipan perlembagaan oleh kedua-dua pihak sejak tahun 1974. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share