Anwar Amal Nepotisme – Khairuddin

KUALA LUMPUR, 24 MEI 25 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa mengamalkan nepotisme apabila membenarkan anaknya Nurul Izzah Anwar bertanding dan terpilih sebagai timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti itu, baru-baru ini.

Aktivis politik Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, menerusi satu kenyataan hari ini, mendakwa tindakan Anwar menyusun semula struktur parti bagi memberi laluan kepada Nurul Izzah itu  adalah strategi terancang berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU akan datang.

“Inilah yang selalu saya katakan bahawa keluarga Anwar adalah ‘Keluarga 69’ yang caca merba penuh dengan unsur penipuan.

“Anwar seringkali mentohmah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang mengamalkan nepotisma, kronisma serta hanya mengkayakan anak-anak dan sebagainya.

“Hari ini Allah membalas secara ‘tunai’ terhadap semua tohmahan palsu Anwar dan menunjukkan secara jelas kepada keseluruhan rakyat Malaysia bahawa beliau sebenarnya ‘bapa kronisma nombor satu,'” katanya, dalam satu kenyataan.

Khairuddin turut melahirkan rasa simpati terhadap Rafizi, kerana tewas kepada Nurul Izzah dalam pemilihan tersebut.

“Saya agak simpati dengan Rafizi di atas percaturan politik Anwar yang akhirnya ‘buang sepah setelah madu dihisap,'” tambahnya.

Beliau mendakwa, Anwar terpaksa menyusun semula struktur PKR agar kepimpinan baru jatuh ke tangan anak sendiri kerana kurang percaya dengan Rafizi untuk membela beliau sekiranya sesuatu yang tidak elok berlaku semula ke atasnya.

Khairuddin turut menyifatkan tindakan Anwar sebagai hipokrit kerana pernah menuduh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengamalkan nepotisme dan kronisme, namun kini didakwa melakukan perkara sama. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share