WAWASAN Bah. Seremban Arah Jentera Perhebat Gerak Kerja Turun Padang

SEREMBAN | 5 Julai 26 – Parti Wawasan Negara (WAWASAN) Bahagian Seremban mengarahkan seluruh jenteranya memperhebat gerak kerja akar umbi dengan memberi tumpuan kepada isu rakyat, penyelarasan organisasi dan penerangan media sosial bagi memperkukuh peranan parti di kawasan itu.

Penggerak WAWASAN Bahagian Seremban, Mohd Herman berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan seluruh jentera bergerak secara tersusun dan selari dari peringkat bahagian hingga ke cawangan serta lokaliti.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat hala tuju kepada jentera parti pada Mesyuarat Jentera Pilihan Raya WAWASAN Bahagian Seremban yang diadakan di sini, malam tadi.

Menurutnya, jentera parti juga perlu lebih kerap turun padang bagi mendengar sendiri denyut nadi masyarakat dan membawa isu serta keperluan rakyat kepada perhatian parti.

“Jentera digesa untuk lebih kerap turun padang, mendengar denyut nadi masyarakat Seremban, dan membawa suara mereka dengan efektif, katanya.

Selain memperkukuh gerak kerja lapangan, Mohd Herman yang juga bekas pegawai Ketua Pembangkang Negeri Sembilan berkata, jentera turut digesa memanfaatkan media sosial sebagai medium penerangan bagi menyampaikan dasar, pendirian dan aktiviti parti kepada masyarakat secara lebih berkesan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 1 Ogos 2026 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16. Hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 28 Julai.

PRN kali ini melibatkan pertandingan bagi kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan, sekali gus menjadi medan penting bagi parti-parti politik menguji sokongan rakyat menjelang pembentukan kerajaan negeri yang baharu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share