Anwar Dakwa Berjaya Selesaikan Konflik Myanmar

Foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 MEI 25 – Konflik di  Myanmar dapat diselesaikan ketika tempoh Malaysia sebagai pengerusi Asean 2025, dakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar mendakwa, ia diselesaikan melalui penubuhan Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi, yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Thailand Dr. Thaksin Shinawatra.

Pertemuan kumpulan itu katanya diadakan di Brunei Darussalam yang turut dihadiri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

“Sejak mesyuarat ketiga yang diadakan di Bangkok, kami telah dapat bergerak ke hadapan dalam usaha kami untuk penyelesaian akhirnya krisis Myanmar,” katanya, memetik laporan MalaysiaGazzette.

“Kami bersyukur kerana mesyuarat seterusnya akan dihoskan oleh bekas Perdana Menteri Kemboja, Samdech Hun Sen.

“Saya ingin menegaskan bahawa sepanjang proses ini, apa yang penting ia membabitkan libat urus yang tenang,” kata Anwar, ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Sesi Plenari Sidang Kemuncak Asean Ke-46.

Menurut Anwar, walaupun ia “langkah kecil” ia adalah peluang terbaik menamatkan konflik.

“Langkah ini mungkin kecil dan jambatannya mungkin rapuh tetapi seperti yang mereka katakan, dalam soal keamanan, jambatan yang rapuh lebih baik daripada jurang yang semakin melebar,” katanya,

Perubahan geopolitik juga kata Anwar memberi tekanan ke atas sistem perdagangan global, khususnya dengan pelaksanaan tarif unilateral Amerika Syarikat (AS), yang jelas menunjukkan kebangkitan ketara dasar perlindungan.

Keadaan itu menyebabkan berlakunya multilateralisme atau hubungan pelbagai hala berada di ambang perpecahan.

Justeru semangat persaudaraan dalam kalangan negara anggota Asean membolehkan usaha untuk menghadapi cabaran secara bersama.

“Perlu dinyatakan, respons awal kita dalam menangani tarif AS, dengan penubuhan Pasukan Petugas Geo-ekonomi ASEAN, merupakan langkah yang perlu, bukan sahaja untuk koordinasi, tetapi untuk menunjukkan keyakinan dan resolusi,” katanya. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share