Anwar Punca Lebih Dua Dekad Politik Negara Bergolak – Adun PAS

KUALA LUMPUR, 11 NOV 25 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya tidak mudah menasihati rakyat agar menghentikan pergaduhan politik kerana sebahagian besar pergolakan itu berpunca daripada dirinya sendiri sejak lebih dua dekad lalu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi, sejak tempoh 28 tahun bermula 1998 hingga 2025, hampir 24 tahun daripadanya menyaksikan politik negara digegarkan oleh episod yang berkait dengan sosok bernama Anwar Ibrahim.

Dakwanya, ia bermula sejak era Reformasi 1998 dengan laungan “Lawan tetap lawan!” yang bergema di seluruh negara, membawa gelombang politik baharu dan memecah belahkan rakyat kepada pelbagai kem.

Ketika itu, rakyat katanya termasuk generasi muda sudah mengenali Anwar sebagai figura utama politik tanah air, malah ceramah-ceramah Reformasi menjadi tontonan biasa di setiap kampung dan pekan.

Gelombang itu katanya berterusan dengan episod demi episod seperti Langkah Kajang dan Langkah Sheraton yang terus menggoncang kestabilan politik negara, semuanya dikaitkan dengan percaturan politik demi cita-cita peribadi.

Ketika negara berdepan pandemik Covid-19, rakyat masih belum lupa bagaimana muncul pula dakwaan “strong, formidable, convincing” untuk menjatuhkan kerajaan di saat ekonomi sedang tenat dan rakyat menderita.

“Realitinya, yang mencipta gaduh itulah yang paling bising minta orang berhenti bergaduh.

“Kita bukan lupa sejarah, kita cuma sudah muak melihat orang yang bakar rumah, kini berpura-pura jadi bomba,” katanya, dalam hantaran Facebook.

Kini setelah bergelar perdanaenteri, Anwar pula menyeru rakyat supaya menghentikan ‘gaduh-gaduh politik’, seolah-olah lupa siapa yang menyalakan api pergolakan itu sejak puluhan tahun lalu, tambahnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share