Armada Dungun Hormat Saranan, Ada Asas Kukuh Muhyiddin Berehat

Foto – Faceebook Syahir Ammar

KUALA LUMPUR, 28 OKT 25 — Gesaan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin berehat daripada jawatan presiden Bersatu mempunyai asas kukuh, kata Armada Dungun Syahir Ammar Sazely.

Katanya, setiap pandangan dan saranan yang diberikan adalah untuk memastikan parti terus berkembang dan mampu berdepan dengan cabaran masa depan.

“Setiap pandangan itu perlu dibincangkan dan diselesaikan secara bermusyawarah dan bukannya dengan cara mengambil tindakan terus kepada individu yang menyatakan pandangan mereka.

“Kami menyambut baik sebarang bentuk perbincangan yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi organisasi dan mencapai matlamat bersama,” katanya, dalam satu kenyataan.

Pihaknya turut menghormati pandangan sama disuarakan Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Ketua Bersatu Dungun Datuk Aziz Ismail serta beberapa lagi ketua bahagian Bersatu lain.

“Kami menghargai pandangan beliau, yang berdasarkan pengalaman luas beliau sebagai ahli Parlimen dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti, tentunya mempunyai asas yang kukuh dalam menyuarakan pandangan tersebut.

“Pandangan ini juga turut disuarakan oleh beberapa ketua bahagian termasuk ketua bahagian Dungun,” katanya lagi.

Sekumpulan pimpinan Bersatu yang dikenakan tindakan disiplin mula menggerakkan Jelajah Selamatkan Maruah Ahli dan Kepimpinan (Semarak) dengan kempen bermula di Johor dan Melaka, hujung minggu lalu.

Selain Saifuddin, turut menggerakkan kempen tersebut adalah Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan yang juga bekas ahli MPT yang dipecat Bersatu.

Matlamat utama jelajah itu adalah bagi menyelamatkan Bersatu agar parti kembali kuat demi menyelamatkan pertiwi.

Jelajah itu juga bertujuan menghalang cita-cita peribadi mana-mana pimpinan menguasai Bersatu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share