‘Atuk’ Pun Tak Buat – Wan Ahmad Fayhsal

KUALA LUMPUR, 6 MEI 25 – Cadangan beberapa PKR negeri agar Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan timbalan presiden menerima reaksi negatif pihak lawan.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat menyindir parti yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dengan mengatakannya sebagai parti anak beranak selepas cadangan itu dibangkitkan.

“Parti anak beranak. Nepotisme dihalalkan,” kata Wan Ahmad Fayhsal, sebagai respon kepada hantaran Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari yang menyatakan sokongan terhadap anak sulung Anwar itu bertanding jawatan nombor dua parti.

Wan Ahmad Fayhsal juga berkata, ketika PKR mengkritik pentadbiran puluhan tahun Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, negarawan itu tidak pernah sekali pun melantik anaknya ke dalam jawatan.

“Atuk Tun Mahathir yang kamu kutuk puluhan tahun pun tak buat benda macam ni. Reformasi,” katanya, dengan diiringi emoji senyuman sinis. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share