Bahagian Pensiangan & Tawau Bubar, Seorang Ahli MPT Letak Jawatan

KOTA KINABALU | 1 Mac 26 – Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah terus meruncing apabila Bahagian P.182 Pensiangan mengumumkan pembubaran jawatankuasa bahagian berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Menerusi notis rasmi bertarikh 28 Februari 2026 yang dihantar kepada ibu pejabat parti, Ketua Bahagian Pensiangan, Sayau bin Tangkap, memaklumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Bahagian dan pembubaran keseluruhan jawatankuasa bahagian.

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut dibuat selepas mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti yang didakwa mengabaikan tanggungjawab semasa Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 lalu, selain mendakwa berlaku pergolakan dalaman serius serta hala tuju perjuangan yang tidak jelas.

Langkah tersebut menjadikan Pensiangan sebagai antara bahagian terbaru di Sabah yang mengambil tindakan drastik susulan ketidaktentuan dalaman parti.

Dalam perkembangan berkaitan, Bahagian Tawau turut dilaporkan mengambil tindakan membubarkan struktur bahagian mereka, sekali gus menambah tekanan terhadap kepimpinan negeri dan pusat.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Lim Ting Khai, turut mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti. Tindakan itu dilihat sebagai tamparan besar kepada kepimpinan tertinggi ketika parti berdepan gelombang ketidakstabilan BERSATU di Sabah. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share