Banyak Perkara Pelik Berlaku Di Malaysia – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR 23, APR 25 – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa banyak perkara pelik berlaku dalam negara namun sukar untuk dijelaskan.

Antara perkara pelik yang disenaraikan negarawan itu termasuklah kononnya terdapat kesalahan jenayah berlaku namun tiada hukuman yang dikenakan terhadap pelakunya.

“Banyak benda pelik berlaku dalam negara. Diharap sentuhan ini tidak ditafsir sebagai ‘contempt of court’, ada orang kena cukai ratusan juta tak bayar tak apa; ada duit yang dicuri bagi balik separuh, ‘okay’; ada yang tiba-tiba dimasuk lokap tanpa caj; dilepas tanpa sebab; dirampas buku dagang; diberi balik tanpa sebab.

“Ada orang yang sedang dibicara ditarik balik caj, ada orang yang diketahui melaku berbagai jenayah menjadi pemegang jawatan tinggi…banyak dadah dan duit dirampas tetapi tidak ada tangkapan, ada sedikit dadah dijumpa dalam kereta. Pemilik kereta kena tahan. Akan kena hukum gantung,” katanya.

Dr Mahathir turut mendakwa, ada yang dikenakan tuduhan melakukan jenayah terancang namun tidak dinyatakan apa jenayahnya.

“Ada ‘organised crime’ dalam Malaysia. Tak dijelas apa ‘crime’ yang dilaku, siapa yang dibunuh oleh mereka. Bilakah mereka samun?

“Ada kes organisasi yang mengada kursus liwat. Wow! Ramai yang kena tahan berbulan tanpa caj. Tidak dihadap ke mahkamah, untuk hukum tak perlu hukum, tak perlu mahkamah, tak perlu perbicaraan,” katanya.

Mahathir juga dalam nada sinis menyentuh mengenai penemuan banyak dadah dan duit dirampas tetapi tidak ada tangkapan. Tetapi pada masa yang sama, ada sedikit dadah dijumpa dalam kereta dan pemilik kereta kena tahan.

Beliau turut membuat sindiran seolah-olah perkara itu sesuatu yang membanggakannya.

“Sesungguhnya banyak lagi benda yang pelik yang terdapat di negara tercinta ini. Ia mengkagum. Ia membangga. Hidup Malaysia.” @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share