Pemuda PAS Umum Himpunan Mega #TolakURA 4 Oktober

KUALA LUMPUR, 18 Sep 25 – Dewan Pemuda PAS Malaysia mengumumkan akan menganjurkan Himpunan Mega #TolakURA pada 4 Oktober ini di Kuala Lumpur sebagai tanda bantahan terhadap Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA).

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Hafez Sabri, berkata pihaknya konsisten menolak URA yang dibentangkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, kerana didakwa hanya menguntungkan pihak pemaju.

“Selagi mana URA kekal berat sebelah, memihak semata-mata kepada pemaju dan tidak melindungi kepentingan penduduk, Pemuda PAS akan terus menentangnya dengan apa jua cara yang sah, selagi tidak bertentangan dengan undang-undang dan kerangka demokrasi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafez yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi berkata, seluruh jentera Pemuda PAS di negeri dan kawasan diarahkan untuk menggerakkan mobilisasi rakyat serta menganjurkan siri penerangan dan jelajah ceramah #TolakURA.

Beliau turut mengajak parti politik, NGO dan individu yang sehaluan untuk menyertai jawatankuasa khas bagi menjayakan himpunan tersebut.

“Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kita bersatu dan bangkit bersama menyatakan bantahan terhadap RUU URA oleh DAP ini,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share