Belanjawan 2026 : Wan Saiful Cadang Kerajaan Bentang Kertas Putih Reformasi Bantuan dan Subsidi

KUALA LUMPUR, 10 Okt 25 — Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, menggesa kerajaan memperkenalkan Kertas Putih Reformasi Sistem Bantuan dan Subsidi dalam Belanjawan 2026 sebagai langkah serius membaik pulih mekanisme kebajikan negara yang dianggap sudah usang dan tidak efisien.

Dalam kenyataan awal mengenai belanjawan 2026, beliau menegaskan sudah tiba masanya kerajaan berhenti sekadar “menyasar subsidi” tanpa reformasi menyeluruh terhadap sistem penyampaian bantuan.

Menurutnya, rakyat masih perlu “memanjat tangga agensi berbeza” untuk mendapatkan bantuan, walaupun kerajaan sering mendabik dada kononnya sistem sedia ada berkesan.

“Sekiranya kerajaan benar-benar mahu meningkatkan keberkesanan penyasaran subsidi dan bantuan, maka adalah wajar pada tahun 2026 kerajaan bawa ke Parlimen satu Kertas Putih Reformasi Sistem Bantuan Kebajikan dan Subsidi yang benar-benar menyeluruh,” tegas Wan Saiful.

Beliau turut mencadangkan agar model seperti “Universal Credit” di United Kingdom dijadikan rujukan, di mana semua bentuk bantuan disatukan di bawah satu sistem tunggal yang mudah diakses oleh rakyat melalui satu permohonan sahaja.

Menurutnya, Malaysia perlu belajar daripada pengalaman negara maju yang berani melakukan reformasi struktur, bukan sekadar menampal dasar lama dengan istilah baharu.

Wan Saiful menambah, konsep “cash transfer” atau bantuan tunai langsung kepada penerima wajar diperluas kerana terbukti lebih telus dan sampai terus ke tangan rakyat yang layak tanpa kerenah birokrasi atau campur tangan politik.

“Sistem bantuan kita terlalu berlapis, terlalu banyak tangan yang menyentuh sebelum sampai kepada penerima. Ini bukan sekadar soal efisiensi, tetapi soal integriti dalam pengurusan dana rakyat,” katanya lagi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata, reformasi kebajikan bukan lagi pilihan tetapi keperluan nasional, memandangkan kos sara hidup yang terus meningkat akan menekan kelas pertengahan dan bawahan jika sistem sedia ada terus dibiarkan.

“Belanjawan 2026 mesti jadi titik perubahan daripada janji kepada tindakan. Jika kerajaan berani membawa Kertas Putih ini, ia akan menunjukkan keberanian politik untuk melakukan perubahan sebenar – bukan sekadar kosmetik fiskal,” tambah beliau. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

PN Tak Goyah, Pahang Siap Hadapi PRU16

Menurut beliau, PN Pahang berada dalam keadaan paling stabil, dipimpin Pengerusi Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pengerusi Datuk Khalib Abdullah, dengan kerjasama PAS, BERSATU dan GERAKAN kekal padu.
Read More

Perjuangan Kemerdekaan Belum Selesai – Presiden PAS

Menurut beliau, sejarah perjuangan kemerdekaan sebenar bermula sejak kejatuhan Melaka pada tahun 1511 apabila umat Islam bangkit menentang penjajahan Portugis. Bagaimanapun, sumbangan tokoh-tokoh ulama dan pejuang awal itu sering dipadamkan dalam lipatan sejarah yang ditulis penjajah.
Read More
Total
0
Share