Bernama Diingatkan Jangan Jadi Agen Fitnah, Kata Wan Saiful

KUALA LUMPUR, 7 NOV 25 — Datuk Wan Saiful Wan Jan mengingatkan agensi berita Bernama agar tidak terlibat sebagai agen propaganda atau penyebar fitnah memandangkan institusi itu dibiayai oleh dana awam.

Ia susulan laporan agensi berita itu berkaitan diri Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu itu yang menurutnya tidak berlandaskan fakta yang tepat.

Agensi berita nasional itu sebelum ini diminta menurunkan artikel berhubung perbicaraannya yang didakwa berunsur fitnah.

“Saya telah memfailkan tuntutan mahkamah supaya Bernama memperbetulkan dan menyatakan kekesalan kerana tajuk satu laporan mereka boleh membawa fitnah kepada saya.

“Bernama telah akur dan telah menerbitkan kenyataan untuk memperbetulkan laporan mereka dan mereka turut menyatakan rasa kesal atas sebarang salah faham yang mungkin timbul,” katanya, dalam satu hantaran Facebook.

Wan Saiful sebelum ini menuntut Bernama menyiarkan permohonan maaf bertulis di platformnya dan membayar ganti rugi am dan teruk.

Artikel bertarikh 26 Mac 2024 itu antara lain bertajuk: “Syarikat Dibantu Wan Saiful Peroleh Penarafan Empat Bintang, Mahkamah Diberitahu”.

“Bernama harus lebih berhati-hati dalam menerbitkan laporan mereka. Bernama adalah agensi kerajaan yang dibiayai oleh wang rakyat.

“Jangan jadikan Bernama sebagai agen propaganda atau penyebar fitnah,” tegas Wan Saiful.

Bernama dalam kenyataannya sebelum ini mengakui tajuk artikel berkenaan boleh menyebabkan kekeliruan salah faham dan disalah erti Wan Saiful secara rasuah membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan penarafan empat bintang daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

“Bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham Bernama menarik balik laporan tersebut,” kata kenyataan tersebut.

Wan Saiful juga mengingatkan pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memfitnah dirinya.

“Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang memfitnah.

“Saya bukan seperti mereka yang takut berdepan dengan kebenaran dan mempergunakan kuasa dan jawatan untuk melindungi diri dan menutup kesalahan,” tegasnya lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share