BERSATU Pecahkan Undi Melayu, Hanya Untungkan PH, Kata Wan Saiful

KUALA KLAWANG | 19 Julai 26 – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertanding secara bersendirian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hanya akan menguntungkan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, BERSATU tidak mempunyai peluang realistik untuk memenangi mana-mana kerusi yang ditandingi, sebaliknya kehadiran parti itu hanya memecahkan undi Melayu di kawasan majoriti dan campuran Melayu.

“Dalam kerusi-kerusi ini, Bersatu bertembung dengan calon Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN). Jika Bersatu tidak bertanding, pertandingan akan menjadi satu lawan satu antara PN atau BN menentang PH, sekali gus meningkatkan peluang menewaskan PH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Saiful mendakwa setiap undi yang diberikan kepada BERSATU secara tidak langsung mengurangkan undi yang sepatutnya diperoleh PN atau BN, sekali gus memberi kelebihan kepada PH.

Beliau turut mengaitkan perubahan haluan politik BERSATU dengan kepimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan mendakwa parti itu kini semakin menjauh daripada agenda perpaduan ummah dan lebih cenderung memberi kelebihan kepada PH.

“Ramai yang melihat sejak adanya Azmin Ali dalam Bersatu, parti itu semakin menolak perpaduan ummah dan lebih rapat dengan PH,” dakwanya.

Mengulas kempen PRN Negeri Sembilan, Wan Saiful turut menyifatkan PH dan BERSATU sebagai berada dalam kelompok politik yang sama, yang digelarnya sebagai “Kelompok Merah”, merujuk kepada warna rasmi kedua-dua parti.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi Negeri Sembilan supaya tidak memberikan sokongan kepada BERSATU, sebaliknya memilih calon PN atau BN bagi mengelakkan perpecahan undi yang boleh membuka laluan kepada kemenangan PH.

Dalam PRN Negeri Sembilan kali ini, BERSATU memutuskan untuk bertanding menggunakan lambang sendiri. Parti ini meletakkan calon di 24 buah kerusi di mana selepas penamaan calon, 8 kerusi akan menyaksikan pertembungan Bersatu dengan PN ialah: N05 Serting – Bersatu vs PAS, N08 Bahau – Bersatu vs Wawasan, N09 Lenggeng – Bersatu vs Wawasan, N11 Lobak – Bersatu vs PAS, N14 Ampangan – Bersatu vs PAS, N25 Paroi – Bersatu vs PAS, N31 Bagan Pinang – Bersatu vs PAS, N34 Gemas – Bersatu vs Wawasan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share