Bersatu Pecat Lagi Ketua Bahagian Ketika PRN Sabah

KUALA LUMPUR, 18 NOV 25 — Bersatu dilihat masih meneruskan tindakan disiplin terhadap ahli dan ketua bahagian yang tidak sebulu dengan pucuk pimpinan tertinggi parti, disebalik tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung.

Terbaharu, parti itu memecat keahlian ketua Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali dan Ketua Bahagian Puchong Mohd Shukor Mustaffa, dalam satu surat makluman bertarikh 17 Nov menjadikan jumlah sehingga kini, 7 orang Ketua Bahagian.

Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Mohd Radzi Manan, mengesahkan pemecatan Shukor dan Suhaimi itu kerana melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.

“Lembaga Disiplin mengambil serius setiap aduan salahlaku disiplin melibatkan ahli parti Bersatu dan membuat pertimbangan yang sewajarnya mengikut Perlembagaan dan Kod Etika & Tatakelakuan Ahli,”kata notis berkenaan.

Kedua-dua mereka bagaimanapun diberi kebenaran untuk membuat rayuan dalam tempoh 14 hari.

Selain itu, notis itu turut menyatakan Ketua Bahagian Pendang Abdul Razak Khamis, terlepas daripada tindakan disiplin.

Timbalan Speaker DUN Kedah, dan Adun Sungai Tiang itu dibebaskan dengan teguran oleh Bersatu.

Sebelum ini Bersatu telah memecat beberapa pimpinan bahagian termasuk Ketua Bahagian Bangi Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang juga anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) serta menggantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ahli Parlimen Machang, untuk satu penggal. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share