
KUALA LUMPUR |11 Mei 26 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengambil tindakan disiplin terhadap lima pemimpinnya melibatkan pemecatan dan penggantungan keahlian berkuat kuasa hari ini.
Berdasarkan maklumat yang diterima, dua pemimpin parti dipecat daripada keahlian BERSATU, manakala tiga lagi dikenakan tindakan penggantungan.
Antara yang dipecat ialah Mohamed Farid Mohamed Zawawi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan serta Ketua Bahagian BERSATU Ketereh.
Turut dipecat ialah Meor Naqiuddin yang memegang jawatan EXCO Armada Malaysia serta Ketua Armada Parit.
Sementara itu, tiga lagi pemimpin dikenakan tindakan penggantungan keahlian, termasuk Ahli Parlimen Mersing YB. Islahuddin Abas.
Turut digantung ialah Mohd Almidi Jaafar yang juga ADUN Bukit Bunga dan Ketua Bahagian BERSATU Jeli.
Seorang lagi yang dikenakan tindakan sama ialah Arib Kassim, anggota EXCO Armada Malaysia.
Pemecatan terbaharu ini dipercayai berkaitan dakwaan menyertai aktiviti politik yang dikaitkan dengan Hamzah Zainudin. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.