Bersatu Persoal Kos RM 8.4 Juta Bekal Lencana Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 25 – Ketua Penerangan Parti Bersatu, Datuk Tun Faisal mempersoalkan kos yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menyediakan lencana Jalur Gemilang kepada pelajar dibawah Kementerian Pendidikan.

Dalam satu kenyataan, Tun Faisal turut mempersoalkan pihak mana yang mendapat kotrak membekal lencana tersebut.

“Lencana Jalur Gemilang tidak percuma rupanya. Kerajaan kena bayar RM8.4 juta.

“Kerajaan Anwar bayar guna duit siapa? Duit rakyatlah, duit pembayar cukai.

“Siapa yang dapat projek ni?. Katanya.

Baru-baru ini Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata kerajaan telah membelanjakan RM8.4 juta untuk memperoleh lencana Jalur Gemilang yang diedarkan kepada lebih 5.14 juta pelajar di seluruh negara, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Tambahnya, peruntukan itu meliputi pelajar di sekolah, kolej matrikulasi, kolej Tingkatan Enam, dan institut pendidikan guru (IPG), dengan masing-masing menerima dua lencana secara percuma.

“ Peruntukan ini telah disalurkan kepada semua jabatan pendidikan negeri (JPN) dan institusi pendidikan yang berkenaan pada bulan Februari 2025.

Bermula April tahun ini, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan (KPM), telah menetapkan bahawa pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid adalah wajib bermula 21 April 2025. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share