
KUALA LUMPUR, 7 Jul25 – Bersatu Bahagian Port Dickson meluluskan usul peralihan kuasa pucuk pimpinan parti secara terancang dilakukan dalam kadar segera.
Usul berkenaan antara lain menyatakan Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan ahli Parlimen Larut diangkat sebagai pemimpin utama bersama Naib Presiden Datuk Radzi Jidin yang juga ahli Parlimen Putrajaya diberi tanggungjawab memimpin pengurusan parti.
“Manakala Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula diangkat menjadi penasihat dan mentor,” kata usul yang dikemukakan Timbalan Ketua Bahagian Port Dickson, Akkil Aizat Othman mewakili cawangan Bagan Pinang.
Usul berkenaan dicadangkan supaya Bersatu perlu menjadi agresif dalam gerak kerja, perlunya reformasi sistem disiplin dan komunikasi parti dalam keadaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mengurus negara yang mengakibatkan tekanan hidup kepada rakyat.
Akik Aizat berkata, Bersatu harus mengambil peluang keemasan tersebut bagi menjuarai suara rakyat sekaligus memerlukan usul itu dilaksanakan segera. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.