Bersatu Sabah Sasar Tanding Kerusi Realistik – Timbalan Pengerusi

KUALA LUMPUR, 10 MEI 25 – Bersatu Sabah tidak akan bertanding keseluruhan 73 kerusi DUN negeri itu pada PRN akan datang, sebaliknya akan meletakkan sasaran realistik berdasarkan kekuatan dan keupayaan parti itu, kata Timbalan Pengerusi badan pimpinan Bersatu negeri Sabah, Muhammad Affan Jumahat.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kudat itu turut berkata, sasaran itu adalah realistik berdasarkan kekuatan dan keupayaan parti itu.

Tambahnya, dari segi kerjasama,  Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) akan bergabung dengan parti tempatan di Sabah yang tidak bersama dengan gabungan parti kerajaan dalam menghadapi PRN.

“PN konsep kita senang, kita tahu kita  pembangkang, kita nak tengok dulu, bila dah bubar DUN akan ada parti ikut kerajaan jadi ada yang bukan ikut kerajaan akan ikut kita,” katanya, kepada politiko.my ketika dihubungi.

Persediaan bagi menghadapi PRN juga katanya sedang berjalan dengan strategi yang digunakan termasuklah menganjurkan program-program kebajikan disamping jelajah kecil-kecilan ke kawasan tumpuan.

“Kita sudah ada calon di kawasan tertentu, namun kita tiada program besar-besaran, sebaliknya fokus kita adalah rumah ke rumah dan program kebajikan.

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dilapor bersetuju untuk bekerjasama bagi menghadapi PRN Sabah akan datang.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan bersama oleh Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share