Calon PN Dun Gum-Gum Mahu Ubah Nasib Penduduk Dengan 3 Strategi

SANDAKAN, 20 NOV 25 — Calon Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum, Tuan Haji Yunus Nurdin, tampil dengan tawaran jelas untuk merubah nasib penduduk setempat melalui tiga agenda utama yang disifatkan sebagai keperluan mendesak kawasan itu.

Yunus berkata ketika dihubungi, isu terbesar yang berlarutan sejak sekian lama ialah kemelut tanah yang menjejaskan ribuan penduduk, terutama mereka yang tidak memiliki status atau hak milik yang jelas.

“Penduduk Gum-Gum sudah terlalu lama hidup dalam keadaan tidak menentu. Ramai tidak dapat membina rumah sendiri, tidak dapat membuat pinjaman, malah ada yang diancam pengusiran. Ini mesti diselesaikan segera,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengumumkan hasrat untuk menubuhkan sebuah Yayasan Gum-Gum, yang bertujuan menyediakan bantuan pendidikan, kebajikan, serta peluang ekonomi kepada keluarga berpendapatan rendah.

“Yayasan ini akan menjadi institusi jangka panjang, bukan projek semusim. Kita mahu anak-anak Gum-Gum mendapat biasiswa, bantuan kemahiran, dan sokongan kebajikan secara tersusun,” jelas beliau.

Dalam masa sama, Yunus menegaskan komitmen untuk memelihara hasil bumi Libaran, termasuk kawasan pesisir, pertanian, dan sumber laut, agar manfaatnya kembali kepada penduduk tempatan dan bukannya pihak luar.

Beliau berkata pembangunan ekonomi kawasan Libaran mesti dilaksanakan dengan mengambil kira kelestarian serta hak rakyat setempat.

“Hasil bumi Gum-Gum dan Libaran mesti diterjemah kepada peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan dan pembangunan realiti — bukan sekadar retorik,” tegasnya.

Dengan tawaran tersebut, Yunus berharap pengundi melihat kesungguhan beliau membawa perubahan menyeluruh yang lebih terancang, terutama dalam menangani isu tanah yang dianggap paling kritikal di kawasan itu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Tubuh Majlis Presiden Untuk Kukuhkan PN, Kata Sumber PAS

"Kuasa pengerusi PN (terlalu) besar. Lantikan jawatan penting, contohnya Ketua Penerangan, kita tahu Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) tak berapa berfungsi. Termasuk juga pelantikan Bendahari, sekarang kosong lagi. Itu semua dilakukan pengerusi PN tanpa berbincang dengan presiden parti komponen.
Read More
Total
0
Share