
KUALA LUMPUR, 18 DIS 25 — PAS menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeleweng dana parti.
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata siasatan perlu dijalankan bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan sama ada benar berlaku atau sebaliknya.
“Tuduhan itu dibuat terhadap seorang bekas Perdana Menteri yang kini tidak lagi mempunyai kuasa. Jika polis mendapati ada kes, sila siasat,” katanya, seperti dilapor FMT.
Minggu lalu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan Dr Mahathir dalam sebuah video tular yang mendakwa beliau mencuri dan menyimpan wang parti di rumah.
Muhyiddin menegaskan semua sumbangan kepada parti dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti dan diuruskan secara telus oleh bendahari parti. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.