BN Mahu Pertahan 21 Kerusi DUN Melaka, Tegas Zahid

PUTRAJAYA | 6 Ogos 26 – Barisan Nasional (BN) menyasarkan untuk mempertahankan kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 bagi memastikan mandat mentadbir negeri itu terus dikekalkan.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dipetik sebagai berkata, sasaran tersebut dibuat berdasarkan keyakinan terhadap prestasi kerajaan negeri pimpinan BN serta sokongan yang diterima daripada rakyat Melaka.

Beliau berkata, tumpuan BN ketika ini adalah untuk mengekalkan semua kerusi yang dimenangi sebelum ini, di samping memperkukuhkan jentera parti bagi menghadapi PRN Melaka yang akan datang.

Ahmad Zahid turut menyatakan bahawa persaingan politik tidak akan menjejaskan fokus BN dalam meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat di Melaka.

Terdahulu. Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa membayangkan bahawa Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) perlu mencari formula politik yang baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sambil menegaskan bahawa pendekatan yang digunakan di Johor dan Negeri Sembilan tidak boleh diterapkan begitu sahaja.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri. Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh dua kerusi. Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri ialah 15 kerusi. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share