BN, PH Sepakat Hadapi PRN Sabah

KUALA LUMPUR, 9 MEI 25 – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk bekerjasama bagi menghadapi PRN Sabah.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi semalam.

“Mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Mei 2025 telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi menghadapi PRN Sabah.

“Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama di antara kepimpinan PH dan BN Sabah,” katanya, dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Segala keputusan juga akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi kedua-dua parti diperingkat kebangsaan, katanya lagi. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

REE Hak Negeri, Bukan Milik Persekutuan – Sanusi

Beliau berkata, Kedah sepatutnya diberi ruang mengurus sendiri sumber REE yang berada dalam bidang kuasa negeri, termasuk memilih pelabur yang mampu menawarkan pulangan terbaik serta membangunkan keseluruhan rantaian industri bernilai tinggi di negeri itu.
Read More
Total
0
Share