Bukan Islam Berhak Amal Gaya Hidup Mereka, Kata Hadi

KUALA LUMPUR, 20 APR 25 – Masyarakat bukan Islam berhak mengamalkan gaya hidup mereka seperti memakan babi, kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Namun terdapat sempadan tertentu yang perlu dipatuhi seperti tidak menjual kepada orang Islam.

“Isu babi yang timbul sekarang. Kita tak boleh larang mereka nak makan babi, nak jual babi, nak berniaga babi tetapi ada sempadan.

“Kena jaga perasaan hubungan baik. Mereka juga ada sempadan, jangan melampau terhadap orang Islam, benda diharamkan orang Islam nak jual kepada orang Islam tak boleh,” katanya, dalam video yang dimuat naik Harakahdaily di laman media sosialnya.

Abdul Hadi berkata, cukai daripada perniagaan tidak halal seperti penternakan babi itu juga boleh dikutip oleh pihak kerajaan.

Jelasnya dalam video tiktok harakahdaily, adalah menjadi hak orang bukan Islam untuk mengamalkan cara hidup dan kepercayaan mereka.

“Dibolehkan ambil cukai babi, perniagaan bukan Islam, kita tak boleh paksa mereka masuk Islam, kita tak boleh paksa mereka tinggal benda yang dihalalkan agama mereka dan diharamkan oleh agama kita.

“Boleh ambil cukai babi, masuk akaun khas tapi dibelanja untuk orang bukan Islam tak boleh belanja untuk orang Islam itu sempadan dia. Ini ada hukum, PAS bukan main-main, Al-Quran dan hadis hukum tertinggi,” kata Abdul Hadi.

Namun katanya, adalah tidak wajar untuk babi dibela di kawasan majoriti orang Islam.

“Nak bela babi dalam kawasan masyarakat orang Islam ramai tak boleh, cari tempat lain, cari jumlah kadar yang patut tapi jangan melampaui sempadan,” katanya lagi. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share