Calon PAS Akui Hamzah Pemimpin Terbaik Bantu Kempen PRN Sabah

KUALA LUMPUR, 2 DIS 25 — Sekalipun PN tewas teruk, Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah memainkan peranan terbaiknya selaku Pengarah Pilihan Raya di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hujung minggu lalu, kata calon PAS Dr Afifi Saif.

Calon DUN Petagas itu berkata, kepimpinan timbalan presiden Bersatu itu dengan dibantu jentera parti telah membantu perjalanan kempen calon PN menjadi lebih teratur dengan arahan yang jelas.

“Sokongan daripada Pengarah PRN Sabah PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, serta seluruh jentera Perikatan Nasional memang yang terbaik.

“Arahan jelas, koordinasi teratur, dan bantuan teknikal serta logistik berjalan lancar,”katanya, kepada politiko.my.

Dr Afifi tewas selepas berhadapan saingan 10 penjuru di Petagas pada PRN Sabah ke-17.

Turut bertanding ialah calon daripada Parti Impian Sabah, Parti Kerjasama Anak Negeri, UPKO, Pakatan Harapan, KDM, STAR, Warisan serta dua calon Bebas.

Katanya, beberapa penambahbaikan boleh dilakukan antaranya gerak kerja tidak harus bertumpu ketika PRN sebaliknya perlu sepanjang masa.

“Kukuhkan juga jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi, anjur program komuniti sepanjang tahun, setiap bulan, bukan hanya zaman pilihanraya sahaja dan pendekatan komunikasi digital yang lebih agresif dan tersasar,” tambahnya.

Menurutnya, suasana kempen ketika PRN juga harmoni dengan penerimaan baik pengundi.

 “Ramai penduduk turun menyampaikan pandangan, berkongsi isu setempat, dan bagi ruang kepada saya untuk jelaskan agenda serta tawaran kami.

” Suasana kempen pun harmoni, dan penerimaan masyarakat pelbagai kaum di Petagas buat saya sangat terharu,” katanya, merakamkan penghargaan kepada pengundi dan pimpinan PN. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share