Chegubard Dakwa Keterangan Zafrul Sahkan Peranan Muhyiddin Dalam Jana Wibawa

KUALA LUMPUR | 7 Julai 26 – Aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau Che GuBard mendakwa keterangan bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Mahkamah Tinggi mengukuhkan dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan syarikat-syarikat yang terlibat dalam pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.

Dalam hantaran facebook beliau pagi ini, Che GuBard merujuk kepada ikrar bersumpah Tengku Zafrul yang menurutnya mengesahkan Muhyiddin mencadangkan puluhan kontraktor untuk dipertimbangkan.

“Dalam ikrar bersumpah bercakap benar Tengku Zafrul telah mengesahkan Muhyiddin Yassin cadang lantik 54 kontraktor. Muhyiddin dan PPBM membisu tak mampu menjawab. Jika Zafrul menipu Muhyiddin berhak bertindak kerana menipu dalam mahkamah ialah jenayah.

“Maka sahlah Muhyiddin korup. Katanya.

Terdahulu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Tengku Zafrul memberi keterangan bahawa beliau menganggap catatan minit Muhyiddin pada surat sokongan lima syarikat berkaitan Projek Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara sebagai satu arahan kerana Muhyiddin merupakan Perdana Menteri ketika itu.

Menurut beliau, catatan bertarikh 3 Februari 2021 yang berbunyi “YBMK, saya bersetuju ia dibuat secara PreQ” menyebabkan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kerja Raya memulakan proses perolehan secara prakelayakan bagi lima syarikat yang disenaraikan.

Tengku Zafrul turut memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mengenali pemilik syarikat-syarikat berkenaan, tidak pernah menerima permohonan secara langsung daripada mereka, serta tidak mengetahui bagaimana syarikat-syarikat itu mengetahui mengenai projek tersebut.

Beliau juga menjelaskan bahawa sepanjang pelaksanaan Program Jana Wibawa, syarikat yang dianugerahkan projek merupakan syarikat yang dicadangkan oleh Pejabat Perdana Menteri, manakala Kementerian Kewangan hanya melaksanakan proses penilaian dan memuktamadkan pelantikan mengikut syarat serta peraturan yang berkuat kuasa.

Perbicaraan kes membabitkan Muhyiddin, yang berdepan tujuh pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram, bersambung hari ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Teguhkan Integriti, Bukan Kuasa – Titah Sultan Nazrin

Sultan Nazrin yang juga pengerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) menyuarakan kebimbangan terhadap sebahagian umat Islam yang seolah-olah kehilangan arah apabila terlalu memfokuskan kepada kedudukan dan kuasa sehingga meremehkan prinsip kejujuran, ketelusan dan tanggungjawab sosial.
Read More
Total
0
Share