
KUALA LUMPUR, 15 NOV 25 — Kerajaan China mengumumkan penemuan deposit emas berskala mega di wilayah Hunan, menurut media Xinhua.
Deposit tersebut dijumpai di Ladang Emas Wangu, Daerah Pingjiang, dengan lebih 40 urat bijih emas dikesan pada kedalaman sekitar 2,000 meter.
Anggaran awal menunjukkan terdapat 300 metrik tan emas dalam kawasan teras, manakala pemodelan 3D menandakan potensi lebih 1,000 metrik tan di kedalaman lebih 3,000 meter.
Nilai deposit ini dianggarkan mencecah RM 367 bilion yang merupakan satu jumlah yang luar biasa dalam industri perlombongan.
Penemuan ini bukan sekadar lombong baru malah ia berpotensi mengukuhkan kekayaan strategik China dan memperkukuh kedudukan negara itu dalam pasaran emas global.
Dengan potensi puluhan bilion ringgit emas, China mungkin kini mempunyai “ladang kekayaan” tersembunyi di bawah permukaannya — dan masa depan pasaran logam mulia boleh kembali bergolak. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.